GOTONG-ROYONG

PROGRAM GOTONG-ROYONG JPS-SMART

2 Oktober 2024 (Rabu) 9.00pagi

Program gotong royong di Pertemuan Sungai Klang dan Sungai Ampang yang diadakan pada hari ini adalah satu usaha penting dalam memupuk kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan sungai, yang menjadi nadi kehidupan kita.

Program ini dianjurkan oleh Pusat Kawalan SMART buat julung kalinya sebagai persediaan untuk menghadapi Monsun Timur Laut dan memastikan operasi lencongan banjir berjalan dengan lancar.

Program ini juga telah mendapat sokongan dari PPSN JPS WP Kuala Lumpur Tn. Ir.Hj. Mohd Azmin Bin Hussin dan Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai ,JPS Malaysia , Ir. Ts. Norlida binti Mamad @ Samad

Gotong royong ini melibatkan penyertaan masyarakat setempat untuk bersama-sama memelihara alam sekitar, khususnya sungai-sungai yang menjadi sumber air bersih dan ekosistem penting.

SMART telah menerima penyertaan dari KPJ Ampang Puteri, RISDA, Ibu pejabat JKPTG, serta pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Pengairan dan Saliran WPKL dan Pejabat Lembangan Sungai Klang.

Sebagai tanggungjawab sosial korporat, rakan selebriti Mastura Malak dan juga Faye Kusairi telah turut serta dalam aktiviti pada kali ini.

Berat sampah yang berjaya dikumpulkan pada hari ini adalah seberat 1.2 tan dan telah melebihi sasaran yang ditetapkan.

Kita menggalakkan lebih ramai individu, keluarga, dan kumpulan masyarakat untuk mengambil bahagian dalam program ini pada masa akan datang.

Setiap usaha kecil, seperti mengambil dan membuang sampah dengan betul, mampu memberi impak besar kepada ekosistem kita.

Semoga program ini dapat memberikan kesan yang besar terhadap kebersihan alam sekitar dan menjadi contoh terbaik dalam amalan komuniti yang prihatin. 

<kredit media: smart_jps